Alhamdulillah akhirnya tercapai hajat untuk memiliki blog sendiri. Mungkin sudah ramai yang telah mempunyai blog sendiri dengan tujuan atau objektif yang pelbagai. Ada yang menjadikan medium perbincangan politik, perniagaan, hobi, bersosial malah luahan perasaan termasuk protes. Mungkin cara ini yang dapat memuaskan hati mereka. Memang diakui ini medium paling pantas, murah dan meluas. Maka untuk tidak ketinggalan dengan peredaran masa, elok juga medium ini digunakan sekarang. Tujuannya bagi berkongsi tips dan pebincangan dalam satu topik yang agak kurang dibincangkan. Mungkin tidak ramai yang sedar namun elok juga dapat mengembangkan sesuatu topik yang berguna untuk ramai di luar sana. Bukan pakar tapi elok juga pengetahuan dan pengalaman yang ada direkod secara bertulis untuk tatapan dan panduan yang memerlukan. Malah mungkin ramai lagi yang mempunyai banyak maklumat untuk dikongsi. Tentu sahaja dipersilakan. Masih tertanya-tanya apa topiknya..Pembinaan. Segala aspek berkaitan bidang pembinaan boleh dibincangkan di sini. Ini permulaannya...
Sampai jumpa lagi...
Wassalam.
No comments:
Post a Comment